GAYA HIDUP 10 tahun kerja di bilik mayat, nurse akui sering...

10 tahun kerja di bilik mayat, nurse akui sering diganggu

-

MEREKA yang bertugas di bilik mayat pasti mempunyai pengalaman tersendiri sepanjang berkhidmat di lokasi paling ditakuti ramai itu.

Begitu juga dengan jururawat ini yang berkongsi pengalaman seram semasa bertugas di bilik mayat di sebuah hospital di ibu negara sejak 10 tahun lalu.

Menurut Mimin Alibaba, dia kerap kali diganggu setiap kali bertugas syif malam.

“Memang kerap kena lebih-lebih lagi bila pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi. Mula-mula pintu bilik mayat tu buka sikit je lepas tu buka tutup, buka tutup siap main hempas sampai empat kali.

“Tapi lima minit sebelum tu tengok elok je tutup macam biasa. Bila pusing balik tengok dah terbuka siap pakej lampu menyala sekali.

“Sekali tu tengok atas stretcher macam ada sekujur mayat terbaring pula padahal malam tadi tak ada pun Last Office (prosedur bersihkan dan kafankan mayat),” katanya kepada mStar.

Wanita berusia 35 tahun itu mengakui takut dengan insiden yang pernah dilalui tetapi dia seolah-olah sudah lali dengan gangguan tersebut.

“Lemah lutut tak payah cakaplah. Memang takut tapi saya kuatkan semangat je, lagipun dah lali selalu sangat kena. Saya ni bawa hati kering, redah je.

“Bila kena gangguan tu saya biarkan dulu ‘dia’ nak buat apa. Saya baca ayat al-Quran. Kadang-kadang saya terpaksa marah ‘dia’ balik cakap jangan kacau.

“Lepas tu ‘dia’ terus diam tapi esok-esok tu ada lagi. Pernah satu masa tu saya nampak kelibat hitam dua kali ulang alik dekat koridor wad,” katanya

Namun Mimin berkata dia hanya mengalami gangguan tersebut semasa sedang bertugas.

“Alhamdulillah ‘dia’ ganggu kat situ je. Bila ada kematian burung gagak akan berbunyi kuat kedengaran dari tingkap wad.

Bilik 3 di lokasi Mimin bertugas dijadikan bilik mayat manakala Bilik 1 dan Bilik 2 sudah ditutup.

“Bilik mayat tu pun akan terbuka, tak pun ada bunyi ketuk-ketuk dari dalam. Saya tak tahulah kalau staf lain dengar ke tak.

“Sebab mereka semua penakut dan refused untuk ke bilik tu bila dapat arahan untuk buka jika ada kematian,” katanya yang turut mengalami mimpi ngeri selepas gangguan tersebut.

Jelas Mimin lagi, dia pernah merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit tetapi rakaman tersebut seperti ‘diganggu’ sesuatu.

“Saya dah pernah cuba ambil video tapi bila nak playback video cuma gelap dan sesaat dua saja walaupun semasa rakaman agak lama.

“Mungkin ‘dia’ tak bagi rakam kot. Memang pelik tapi itulah hakikatnya,” katanya.

Dalam pada itu, wanita dari Kuching, Sarawak itu turut menceritakan pengalaman paling menakutkan semasa bilik mayat itu sedang diubahsuai pada 2013.

Mimin juga pernah ternampak kelibat menyerupai jururawat sambil menolak troli ketika sedang bertugas. Gambar sekadar hiasan.

“Seperti biasa apabila kita masuk ke bilik secara automatik tangan kita mencapai suis lampu di tepi pintu. Saya buka suis dan lampu menyala.

“Bila tengok bilik bersepah saya pun panggil tukang cuci. Bila kembali semula saya dapati bilik itu gelap. Saya tengok mentol lampu tiada padahal sebelum tu bilik tu terang benderang.

“Saya juga kerap bermimpi didatangi jururawat menggunakan uniform lama berwarna putih. Dalam mimpi tu dia minta supaya kami kembalikan semua ‘hak’ mereka dan menutup wad baharu itu.

“Penampakan jururawat itu semakin kerap menunjukkan dirinya. Saya pernah ternampak kelibat dia menolak troli dressing ke arah wad sehingga tembus dinding,” katanya. – MStar

Berita terkini

38 lagi warga STIAS disahkan positif COVID-19

SEREMBAN -- Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang hari ini mengesahkan 38 lagi warganya membabitkan tiga kakitangan dan...

PKPB di Selangor mungkin disambung jika kes terus naik, kata Hisham

Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat,...

Ingkar kuarantin balik Sabah, polis panggil MB Selangor

Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Taiping,...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan memanjat pintu pagar belakang ibu...

Popular

Anggota Narkotik Ditempatkan Di Semua SJR Bendung Aktiviti Dadah

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (JSJN)...

“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri...