[Video] UMNO diberi potfolio tidak penting dan tidak boleh membantu rakyat – Tajuddin Rahman

|

views

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berpendapat parti itu tidak selesa dengan keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan Datuk Seri Mohammed Azmin Ali sebagai menteri paling kanan dalam Kabinetnya.

Menurut beliau, pemilihan Azmin yang disifatkan sebagai orang nombor dua negara itu dilihat sebagai satu isyarat tidak bagus kepada UMNO.

“UMNO tidak berapa selesa melihat perkara itu. Bagi saya itu sebagai penerusan agenda Bersatu dan mungkin lebih daripada itu.

“Kita sebagai parti politik yang mempunyai kepentingan politik tersendiri kita tidak mahu keterbelakang dan akan menjadi sebuah parti yang kecil,” katanya selepas selesai menghadiri mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata demikian menjawab soalan media mengenai pemilihan Azmin yang boleh mempengerusikan mesyuarat Kabinet jika Perdana Menteri tiada dalam negara.

Dalam pada itu, Tajuddin turut mempersoalkan kedudukan UMNO yang dilihat hanya diberikan portfolio tidak penting dalam Kabinet pimpinan Muhyiddin.

Katanya, langkah itu seolah-olah tidak seimbang dari segi portfolio yang diberikan kepada UMNO.

“Kita tengok jawatan yang diberikan kepada UMNO pun jawatan yang tidak boleh membantu rakyat. Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Bersatu pegang. Macam Kementerian Pertahanan jaga keselamatan dan apa yang boleh kita bantu rakyat di kampung-kampung yang melibatkan petani dan nelayan.

“Saya ingatkan bahawa perlu kita lihat dan tidak boleh hanya menerima apa yang telah diberikan kepada kita. Saya beri pandangan dan pandangan saya antaranya adalah pengurusan parti kena diperkukuhkan kerana banyak sudah isu jadi persoalan pihak atasan yang dikira tidak membawa kepentingan parti kepada pihak yang kita berunding antara Bersatu dan juga sekutunya dalam proses pembentukan kerajaan,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu turut berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak berkata apa-apa tentang persoalan yang ditimbulkan oleh beliau dan hanya berdiam diri.

“Presiden hanya diam dan saya ingat dia mungkin ambil maklum apa yang saya cakapkan,” katanya lagi.

https://web.facebook.com/kamaluddin/videos/207193587023391/

Berkaitan ⇢