[Video] 11 rumah kedai terbakar

|

views

MUALLIM: Sebanyak 11 rumah kedai di Jalan Besar Behrang Stesen, dekat sini terbakar tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata panggilan kecemasan diterima pihaknya jam 12.22 tengah malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi memadam kebakaran turut disertai BBP Slim River, BBP Kuala Kubu Bharu, BBP Bidor dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Slim Village.

”Kebakaran itu membabitkan 11 rumah kedai kelas B dengan anggaran 70 peratus musnah dalam kebakaran itu.

“Setakat ini, belum ada laporan mangsa yang terbabit dan punca kejadian belum dikenal pasti,” katanya.

Berkaitan ⇢