COVID-19: Korea Selatan hantar kit ujian ke AS

|

views

– Kedua-dua syarikat itu sudah memeterai kontrak dengan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) AS

– Persetujuan FDA ke atas kit ujian Korea Selatan itu menyusul selepas Presiden Donald Trump mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Presiden Moon Jae-in

SEOUL: Dua syarikat Korea Selatan dijangka menghantar kit ujian COVID-19, ke Amerika Syarikat, kata pegawai kementerian luar semalam, selepas produk itu mendapat kelulusan sementara dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA).

Kedua-dua syarikat itu sudah memeterai kontrak dengan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) AS, untuk mengeksport kit ujian itu selepas mendapat kelulusan FDA, lapor agensi berita Yonhap.

Penerbangan membawa kit ujian itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, esok.

Syarikat ketiga pula membekalkan kit ujian melalui agensi AS sendiri.

Bagaimanapun, butiran mengenai kuantiti kit ujian yang dihantar tidak didedahkan.

Persetujuan FDA ke atas kit ujian Korea Selatan itu menyusul selepas Presiden Donald Trump mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Presiden Moon Jae-in, baru-baru ini.

Lebih banyak pengeluar tempatan dijangka menerima kelulusan FDA, berikutan permintaan yang tinggi dan keadaan yang mendesak di AS.

Sebelum ini, dilaporkan kira-kira sedozen pengeluar kit ujian dari Korea Selatan telah memohon kelulusan sementara FDA. – BERNAMA

Berkaitan ⇢