Covid-19: India rugi AS$5.2 bilon sehari akibat perintah berkurung

|

views

  • Sekatan, yang pada awalnya hanya untuk 3 minggu kemudian dilanjutkan sehingga 3 Mei
  • Jangkaan India mungkin kehilangan hampir 40,000 crore (India rupee atau kira-kira AS$5.2 bilion) setiap hari akibat ‘lockdown’

NEW DELHI: India kerugian lebih AS$5 bilion setiap hari akibat wabak Covid-19, kata Persekutuan Dewan Perdagangan dan Industri India (FICCI) pada Selasa.

Menurut FICCI, keadaan itu menyaksikan negara tersebut memerlukan “pakej bantuan segera” untuk sektor perniagaan.

India mengenakan perintah berkurung sejak 25 Mac lalu, menyebabkan banyak aktiviti tidak dapat dilakukan kecuali utiliti, bekalan makanan asas dan perkhidmatan hospital.

Sekatan, yang pada awalnya hanya untuk 3 minggu kemudian dilanjutkan sehingga 3 Mei bagi memastikan wabak tidak menular ke kawasan baru, di negara yang mempunyai kira-kira 1.3 bilion penduduk.

“Jangkaan India mungkin kehilangan hampir 40,000 crore (India rupee atau kira-kira AS$5.2 bilion) setiap hari akibat ‘lockdown’ di seluruh negara dengan kerugian dianggarkan berjumlah Rs7-8 lakh crore (AS$91.8 bilion hingga AS$105 bilion) dalam tempoh 21 hari lalu,” kata presiden FICCI, Sangita Reddy.

FCCI turut meramalkan 40 juta pekerjaan berisiko antara April dan September.

Perdana Menteri India Narendra Modi dalam ucapannya pada Selasa berkata kerajaan akan memantau keadaan serta menilai kawasan yang berjaya membendung penularan Covid-19 sebelum membenarkan “beberapa aktiviti yang perlu” dibuka semula dari 20 April. – BERNAMA

Berkaitan ⇢