Yayasan Usahawan Negara Teruskan Program Rutin Bantuan Kepada Polis KL

|

views

Sebagai menghargai barisan hadapan dalam membendung penularan Covid-19, Yayasan Usahawan Negara (YUN) telah tampil menghulurkan sumbangan kepada pasukan petugas negara. Hari ini sebanyak enam Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Lumpur menerima bantuan.

Sumbangan dilakukan tengahari tadi. Ia merupakan program rutin yang dijalankan oleh YUN kepada pihak polis di sekitar Kuala Lumpur sejak 24 Mac lalu.

Bantuan berkenaan berupa air kotak serta biskut, untuk dijadikan sebagai bekalan ketika bertugas di sekatan jalan raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Untuk hari ini seperti biasa, semua IPD tersebut menerima air kotak dan biskut kering untuk dijadikan bekalan ketika bertugas di sekatan jalanraya.

Bukan sahaja polis, golongan asnaf yang memerlukan bantuan dan dalam kesusahan turut diberikan bantuan berupa sumbangan untuk membeli bekalan barangan asas memasak.

Berkaitan ⇢