100,000 Bunga Tulip Di Jepun Dipotong Elak Orang Ramai Berhimpun

|

views

Pihak berkuasa di Jepun terpaksa memotong lebih 100,000 pokok bunga tulip bagi mengelakkan orang ramai berhimpun sekali gus berisiko menyebarkan Covid-19.

Bunga-bunga berkenaan bekembang dan umpama hamparan karpet di bandar Sakura selama ini serta menjadi tarikan utama pelancong ke bandar berkenaan.

Namun dalam keadaan covid-19 yang melanda dunia, pihak berkuasa tidak pilihan selain memotong bunga-bunga yang sedang berkembang itu bagi mengekang jangkitan dan penyebaran. Selain itu mereka turut membatalkan festival tahunan tulip.

“Selalunya pengunjung akan datang pada hari minggu untuk menyaksikan bunga tulip berkembang namun kali ini kita mahu mengelakkan perhimpunan beramai-ramai ini.

“Kebanyakan bunga yang dipotong itu disumbangkan kepada tadika di kawasan sekitar,” kata salah seorang jurucakapnya.

Setakat ini kes jangkitan di Jepun adalah 11,512 orang dengan 281 kematian.

Berkaitan ⇢