[Video] Nasihat Covid-19 Dalam Bahasa Rohingya

|

views

Bagi mengelakkan penularan Covid-19 di kalangan pendatang asing, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Salah satu langkah yang diambil ialah menerusi hebahan yang dilaksanakan dalam bahasa Rohingya kerana mereka tidak memahami bahasa Melayu dan mendiami kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Hebahan yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini ada kaitan dengan nasihat dan cara mengelakkan wabak berkenaan menular, termasuk aspek penjagaan kebersihan serta penjarakan sosial di kalangan .

Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang sebelum ini ditutup selama empat hari bagi membolehkan kawasan berkenaan menjalani proses sanitasi selama tiga hari berturut-turut. Hari ini ia dibenarkan beroperasi semula.

Bagaimanapun, Tan Sri Annuar Musa, menegaskan operasi pasar borong itu akan dipantau pihak berkuasa supaya ia mematuhi peraturan dan prosedur yang ketat bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja di situ.

Sekiranya peniaga tidak mematuhi peraturan dan prosedur ketat itu, tegasnya, kerajaan tidak teragak-agak untuk menghentikan operasi pasar borong berkenaan.

Antara peraturan yang dilaksanakan, katanya, peniaga di pasar borong tidak boleh menggunakan pekerja yang terbabit dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sebaliknya perlu menggunakan pekerja lain untuk menjual dan menguruskan barangan.

Berkaitan ⇢