[Video] Ramadan tercemar, 40 maut angkara serangan pengganas di Syria

|

views

Kesucian bulan Ramadan yang disambut umat Islam tercemar selepas satu serangan dilancarkan ke atas penduduk di Afrin, Syria.

Memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Turki, serangan membunuh lebih 40 nyawa termasuk 11 kanak-kanak yang didakwa didalangi kumpulan pengganas Kurdish, lapor Syria Care.

Serangan dikatakan berlaku ketika umat Islam sedang melakukan persiapan berbuka puasa di pasar Souq Ali apabila sebuah lori tangki yang sarat dengan bahan peledak diletupkan.

Letupan bukan sahaja meragut puluhan nyawa malah turut menyebabkan kerosakan teruk harta benda awam.

Kumpulan aktivis di kawasan berkenaan meminta orang ramai menderma darah bagi menyelamat nyawa mangsa yang kebanyakannya mengalami lecur teruk akibat disambar api.

Afrin sebelum ini merupakan antara kubu kuat kumpulan pengganas Kurdish sebelum diusir tentera Turki.

Berkaitan ⇢