Felda: Mazlan Aliman hilangkan diri sejak menang PRU14

|

views

Masa pandu masuk perkampungan Felda. Mengalir air mata sedikit.

Dahulu Mazlan Aliman dan konco-konco PH kuat menghasut peneroka Felda.

Pelbagai janji manis dan fitnah mereka tabur untuk menentang saya.

Di PRU14, banyak juga kawasan Felda yang saya dan BN telah hilang sokongan.

Walaupun sejak Allahyarham ayahanda saya Tun Razak kita telah memberikan segalanya kepada warga Felda.

Tanah. Rumah. Dividen. Hasil. Pinjaman. Pendidikan. Bantuan. Geran. Insentif raya.

Kesemua ini diberikan oleh BN.

Mazlan Aliman sudah hilangkan diri sejak menang PRU14.

Dia sendiri sahaja yang selesa dengan jawatan Pengerusi agensi kerajaan pada 2 tahun PH memerintah.

PH juga sudah tidak ada di perkampungan Felda.

Tunggulah. Masa nak undi mereka akan muncul semula.

Sehingga hari ini, di saat ini, saya tidak abaikan Felda.

Kerana saya tahu Felda ini hasil usaha dan titik peluh Allahyarham ayahanda.

Saya perlu terus membantu dan membangunkan Felda sebagaimana yang Allahyarham ayahanda pesan kepada saya dahulu.

Walaupun atas kapasiti saya sekarang sebagai ahli Parlimen sahaja.

Saya tetap sayang Felda.

Hanya keikhlasan yang akan membawa keindahan dan kebahagiaan.

Hari ini saya di Felda Chini Timur 1 serahkan suratan hak milik peneroka.

Semoga membawa manfaat kepada para peneroka dan untuk generasi-generasi yang akan datang.

Facebook Najib Razak

Berkaitan ⇢