[Video] 155 peneroka Rancangan Tanah Felda Chini Timur 1 terima suratan hakmilik tanah

|

views

Pagi tadi saya menghadiri ke Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik Tanah kepada seramai 155 peneroka Rancangan Tanah Felda Chini Timur 1.

Terima kasih kepada Ahli Parlimen Pekan merangkap Bekas Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Pengerusi Felda yang baharu, YB Dato’ Sri Idris Jusoh, pada majlis pagi ini.

Mengenai suratan hakmilik tanah ini, antara kira-kira RM36 billion dan kira-kira RM45 billion nilai tanah yang telah Kerajaan Negeri ‘korban’kan setelah memberi tanah atau suratan hakmiliknya kepada 38,654 peneroka Felda, melibatkan keluasan kira-kira 182,000 hektar di seluruh Pahang setakat ini.

BACA: Felda: Mazlan Aliman hilangkan diri sejak menang PRU14

Yang membanggakan ialah di Pahang, 38,654 peneroka yang telah menerima suratan hakmilik tanah masing-masing ini membentuk 89.63 peratus daripada keseluruhan 43,124 peneroka di negeri ini.

Ini kerana tujuan asal Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan sejak di bawah Perikatan/Barisan Nasional (BN) wujudkan Felda ini ialah untuk pembangunan tanah dan membela masyarakat orang Melayu khususnya yang berada di luar bandar.

#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PahangGo

Facebook
Wan Rosdy bin Wan Ismail
Menteri Besar Pahang

Berkaitan ⇢