[Video] Warga emas tenang hisap rokok lepas sondol enam kereta

|

views

PULAU Pinang — Rempuh enam buah kenderaan namun ketenangan seorang warga emas di sini dipuji warga maya.

Kejadian tengah hari semalam mendapati warga emas berkenaan masih berlagak tenang sambil menyalakan sebatang rokok selepas disapa warga setempat.

“Satu, dua, tiga, empat, lima,” katanya sambil menghitung dengan jari tenang di dalam kenderaan.

Kemalangan di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Jalan Padang Kota Lama, di sini menyaksikan beberapa kenderaan mewah seperti Honda, Lexus, Nissan dan Subaru.

Ketua Polis Timur Laut berkata berdasarkan siasatan awal, warga emas itu mendakwa mengalami kesakitan menyebabkannya tidak dapat mengawal kenderaan, lapor Sinar Harian.

“Dia tidak dapat mengawal kenderaannya lalu melanggar enam buah kenderaan yang parkir di tepi jalan,” kata ACP Soffian Santon.

Berkaitan ⇢