Polis akan panggil pengarang, editor dan penerbit buku yang menghina Jata Negara

|

views

Pihak polis akan memanggil individu yang dikaitkan dengan penerbitan sebuah buku yang bertajuk Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope in Malaysia yang didakwa menghina Jata Negara.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berhubung penerbitan buku itu dan siasatan sedang dijalankan.

Menurutnya, pihaknya sudah menerima beberapa laporan polis dan kertas siasatan juga sudah dibuka hari ini.

“Mereka yang terbabit dalam penghasilan buku itu termasuk pengarang, editor dan penerbit akan dipanggil membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Berdasarkan gambar yang tular di media sosial dan FB, pengguna berkongsi satu pautan laman sosial Facebook sebuah syarikat buku bertajuk Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia (ISBN : 9789672165811) disunting oleh penulis, Kean Wong.

Penghias muka hadapan buku itu memaparkan lukisan mirip jata negara menunjukkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.

Tindakan pihak terbabit mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, termasuk netizen.

Berkaitan ⇢