Bom babi macam biji getah, pengembara hutan dinasihat lapor polis jika terjumpa

|

views

Orang awam terutamanya pengembara hutan dinasihat mengelak atau tidak menyentuh bom perangkap yang bertujuan membunuh babi.

Kelihatan kecil seakan biji getah dan tumbuhan hutan, aktivis alam sekitar Aidil Iman Aidid berkata bom itu akan membuatkan haiwan liar menyangka ia makanan dan akan meletup serta mengakibatkan maut.

“Ini bom babi namanya. Ia mengumpan haiwan liar yang menyangka ia makanan dan akan meletup serta mengakibatkan mereka dibunuh.

“Pemburu haram selalu menggunakan kaedah ini untuk memburu babi hutan,” catat Aidil di Twitter.

Beliau berkata mana-mana individu boleh membuat laporan polis jika menemui bom itu di hutan.

Katanya walaupun bom itu mensasarkan babi hutan, namun tidak mustahil ia boleh mendatangkan kecederaan kepada manusia jika terpijak.

Hantarannya sejak tengah hari tadi dikongsi hampir 8,000 kali dan disukai hampir 4,000 pengguna Twitter.

Berkaitan ⇢