Selepas 10 bulan ‘berehat’, Utusan Malaysia, Kosmo! kembali cetak akhbar hari ini

|

views

Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! kembali dicetak hari ini selepas 10 bulan ‘berehat’ dari industri media.

Kedua-dua akhbar itu mengumumkan penerbitan pertama mereka di bawah syarikat baru Media Mulia Sdn Bhd.

”Alhamdulillah akhbar Kosmo! terbit kembali selepas bercuti dekat 10 bulan,” umum Kosmo! di Twitter.

”Selamat pagi warga Twitter, dah sarapan ke tu? Jangan lupa dapatkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! untuk memulakan pagi anda,” umum Utusan Malaysia di Twitter pula.

Kemunculan semula akhbar Bahasa Melayu tertua negara dan akhbar tabloid itu mendapat sambutan orang ramai di media sosial.

Ahli politik kerajaan dan pembangkang turut sama menyambut baik kelahiran semula dua akhbar itu yang kini beroperasi di ibu pejabat New Straits Times Press (NSTP) di Jalan Riong di Bangsar, di sini.

”Selamat kembali Utusan Malaysia dan Kosmo. Semoga dapat menerbitkan berita yang seimbang dan adil kepada semua,” catat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Twitter.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan pula berharap Utusan Malaysia dapat membela nasib rakyat.

Utusan Malaysia dan Kosmo kembali ke pasaran mulai hari ini. 20/7/20 tarikh yang bersejarah.

”Diberi kepada kami di Dewan Rakyat. ‘Minda rakyat’ yang dulu ditukar kepada ‘pemikiran baru’.

”Harap perjuangan murni Utusan diteruskan bagi membela nasib rakyat terbanyak agar hidup kita berjaya,” catatnya di Twitter.

Alhamdulillah Utusan Malaysia bangkit semula,” kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Utusan Malaysia menghentikan operasi 31 Oktober tahun lalu selepas beroperasi lebih 80 tahun di Jalan Chan Sow Lin, di sini.

Kira-kira 800 kakitangannya juga ditamatkan perkhidmatan selepas mengalami krisis aliran tunai yang tenat.

Berkaitan ⇢