Harimau kumbang dalam kawasan UiTM Kuala Pilah?

|

views

Pengalaman berdepan binatang liar ketika memasuki hutan ternyata bukan suatu yang aneh memandangkan ia merupakan habitat asal bagi kebanyakan haiwan.

Namun, lain pula cerita bagi pelajar dan pengajar sebuah pusat pengajian tinggi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan apabila mendakwa sering terlihat kelibat haiwan liar dalam kawasan institusi itu.

Terbaharu, seorang individu dipercayai bekas pelajar institut pengajian berkenaan memuat naik foto seekor harimau kumbang di media sosial.

Menerusi foto tersebut, kelihatan haiwan berkenaan sedang berjalan di kawasan parkir selain duduk di tangga dalam kawasan pusat pengajian itu.

“Harimau kumbang dilihat di UiTM Kuala Pilah semalam [kelmarin]. Tidak sangka tempat belajar saya ini kubu Avengers,” kata Aliff Ihsan.

Perkongsian Aliff di Twitter diulang kicau lebih 2,200 kali sejak dimuat naik pada pagi semalam.

Sebelum ini, Aliff mengakui sering terserempak dengan haiwan liar seperti babi hutan, ular dan kera.

Bagaimanapun, haiwan berkenaan didakwa tidak pernah mengganggu pelajar yang berada di kawasan kampus.

Berkaitan ⇢