China lancar roket ke Marikh, pertingkat penerokaan aeroangkasa

|

views

China terus melebarkan usaha dalam bidang aeroangkasa dengan melancarkan roket ke planet Marikh pada semalam, lapor The New York Times.

Tindakan itu dibuat ketika kebanyakan negara mempergiatkan usaha meneroka bidang aeroangkasa termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang melancarkan Al-Amal ke Marikh beberapa hari lalu.

Terdahulu, misi pelancaran roket ke Marikh oleh China dilakukan di Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang, Pulau Hainan.

Setakat ini, misi ke Marikh bertujuan melakukan beberapa ujian termasuk untuk mengkaji tanah di planet itu.

Misi turut membawa sebuah kenderaan peninjau bagi melakukan kerja penyelidikan di planet berkenaan.

Berkaitan ⇢