[Video] Keputusan Kes SRC: Najib bersalah semua 7 pertuduhan

|

views

Najib Razak didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Bekas perdana menteri itu kelihatan tenang semasa hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membacakan keputusan beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kata Mohd Nazlan, pihak pembelaan gagal mewujudkan keraguan yang munasabah ke atas kes yang dibawa pasukan pendakwaan.

Hakim berkata tiada pertikaian bahawa kabinet meluluskan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sebanyak RM2 bilion kepada SRC International secara “tergesa-gesa”. Hakim berkata permohonan Najib, ketika itu menteri kewangan yang bertanggungjawab terhadap KWAP, disampaikan kepada panel pelaburan badan itu.

Mahkamah juga mendapati pasukan pembelaan bekas perdana menteri Najib Razak dalam perbicaraan berkaitan SRC International gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.

Najib berkata akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk penghakiman yang akan diadili oleh panel tiga hakim dan bukan seorang hakim seperti keputusan hari ini.

“Ya, lepas ini kita ke Mahkamah Rayuan. Saya sudah bersedia. I am ready,” ujarnya.

Berkaitan ⇢