[Video] CCTV rakam insiden ngeri dua pejalan kaki ‘ditelan’ tanah mendap

|

views

SATU klip video kamera litar tertutup (CCTV) mengejutkan netizen apabila merakamkan insiden ngeri yang berlaku di sebatang jalan di Chongqing, China pada Isnin lalu.

Ia memaparkan dua orang pejalan kaki yang sedang melalui jalan tersebut secara tiba-tiba ‘ditelan’ tanah mendap.

Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dilaporkan selamat.

Mereka kemudian dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Media melaporkan bahawa jalan berkenaan ditutup buat sementara waktu untuk kerja baik pulih dan penyelenggaraan.

Dilaporkan, mendapan tanah di jalan tersebut berkemungkinan terjadi kerana hujan lebat yang melanda China sejak beberapa minggu lalu. – Metro.co.uk

Berkaitan ⇢