Penyerang Real Madrid Mariano Diaz positif Covid-19 – Sukan

|

views

PENYERANG Real Madrid, Mariano Diaz disahkan positif Covid-19.

Susulan itu, pemain tersebut terlepas peluang untuk menyertai perlawanan Liga Juara-Juara menentang Manchester City, pada minggu depan.

Kelab tersebut telah mengesahkan bahawa Diaz disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin di rumah.

Akhbar Sepanyol, Marca melaporkan bahawa Diaz mendapat jangkitan itu selepas pulang dari bercuti selepas menamatkan musim La Liga.

Kelab tersebut dalam satu kenyataan menyebut: “Setelah ujian Covid-19 dilakukan secara individu dalam pasukan kami semalam (Isnin) oleh Pasukan Perubatan Real Madrid, pemain kami Mariano telah disahkan positif.

“Pemain berada dalam keadaan sihat dan mematuhi protokol pengasingan di rumah.”

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dalam satu kenyataan berkata: “UEFA berhubung dengan kelab dan memantau keadaan dan keputusan pihak berkuasa Sepanyol yang berkaitan.

“Kami yakin bahawa kes ini tidak akan mempengaruhi mana-mana perlawanan biasa,” menurut kenyataan itu. – Mail Online

Berkaitan ⇢