Salah ‘perkenalkan’ trofi EPL kepada keluarga selepas kemenangan bergaya Liverpool

|

views

BEBERAPA hari selepas Liverpool menjulang trofi Liga Perdana Inggeris, Mohamed Salah kembali ke Anfield untuk meraikan kemenangan The Reds.

Namun beliau tidak keseorangan, sebaliknya ditemani oleh isteri dan dua anaknya.

Mohamed Salah memuat naik gambar keluarganya yang dikelilingi trofi-trofi kemenangan The Reds di laman Instagram peribadinya.

Liverpool mengesahkan kejuaraan liga yang pertama mereka dalam tempoh 30 tahun, pada bulan lalu.

Bagaimanapun ia terpaksa menunggu sehingga selepas kemenangan bergaya 5-3 ke atas Chelsea pada perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri musim ini untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali pertama.

Penyokong tetap memenuhi perkarangan luar stadium walaupun rayuan diuar-uarkan agar mereka tidak hadir ke stadium pada malam di mana Liverpool akhirnya menjulang trofi. – The National

Berkaitan ⇢