Ibadah haji dilaksanakan dalam skala kecil, jemaah lalui protokol kesihatan ketat

|

views

IBADAH haji, iaitu ibadah tahunan yang dilakukan oleh umat Islam dari seluruh dunia, bermula pada Rabu.

Ia menyaksikan skala jemaah pada tahun ini berkurang secara drastik ekoran pandemik Covid-19.

Media melaporkan hanya 10,000 jemaah yang dibenarkan melaksanakan ibadah berkenaan berbanding sekitar dua juta jemaah pada tahun-tahun sebelumnya.

Jemaah pada musim ini dihadkan kepada warganegara serta penduduk tetap Arab Saudi dan mereka perlu memenuhi syarat ditetapkan selain tertakluk kepada prosedur kuarantin.

Para jemaah diwajibkan menjalani pemeriksaan suhu dan ujian saringan ketika tiba di Makkah.

Selain itu, para jemaah juga diwajibkan memakai pelitup muka setiap masa dan mengekalkan penjarakkan sosial ketika melaksanakan rukun dalam ibadah tersebut.

Jemaah juga perlu menjalani perintah kuarantin sebelum dan selepas selesai menunaikan ibadah haji. – BBC.Com

Berkaitan ⇢