Rizab Antarabangsa BNM pada AS$104.2 bln setakat 30 Julai, 2020

|

views

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$104.2 bilion pada 30 Julai, 2020, tinggi sedikit berbanding AS$104.0 bilion pada 15 Julai, 2020.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa setakat 30 Julai, 2020 terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$97.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$2.2 billion) dan lain-lain aset rizab (AS$2.4 bilion).

Ia berkata aset terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab-rizab lain, termasuk SDR, yang berjumlah RM446.36 bilion; kertas Kerajaan Malaysia (RM10.46 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM3.75 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM16.37 bilion); tanah dan bangunan (RM4.16 bilion); dan aset lain (RM13.78 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM176.24 bilion), mata wang dalam edaran (RM127.35 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM130.38 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM19.24 bilion), deposit lain (RM16.22 bilion), kertas Bank Negara (RM12.69 bilion), peruntukan SDR (RM7.93 bilion) dan liabiliti lain (RM4.74 bilion).

–BERNAMA

Berkaitan ⇢