3 penguatkuasa MBSA ditahan SPRM, disyaki terima rasuah permis judi

|

views

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ketiga-tiga suspek yang bertugas MBSA cawangan Sungai Buloh itu disyaki menerima suapan bagi melindungi kegiatan premis perniagaan haram.

Penguat kuasa berusia antara 41 hingga 49 tahun itu turut disyaki mengutip dan menerima rasuah secara bulanan.

Suspek ditahan dalam satu operasi khas SPRM ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, jam 9 pagi tadi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Berkaitan ⇢