[Video] Suspek jual organ manusia direman

|

views

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan organ manusia secara haram selepas dia menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, tengah hari tadi.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata lelaki berusia 48 tahun itu tampil di IPD Kuching selepas menyedari dirinya diburu polis sejak beberapa hari lalu.

“Lelaki itu akan direman pagi esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lelaki terbabit diburu polis sejak beberapa hari lalu berikutan satu artikel dalam portal berita The Sun yang berpangkalan di United Kingdom.

Menerusi pendedahan akhbar berkenaan pada 8 Ogos lalu itu, lelaki dikenali sebagai Shaifullizan Abdul Mutalib, 48, mendedahkan aktivitinya kepada seorang wartawan akhbar terbabit yang menyamar sebagai pembeli.

Shaifullizan dikatakan bercakap besar kepada wartawan terbabit mengatakan dia boleh mengatur urusan transplan organ secara haram kepada warga Britain dengan kos 85,000 Pound Sterling (RM465,000).

Menurut akhbar itu, perbualan antara Shaifullizan bersama wartawan itu dirakam menerusi satu kamera tersembunyi.

Lelaki berkenaan mengatakan dia mendalangi 45 penjualan buah pinggang menerusi Facebook untuk menarik perhatian mana-mana individu miskin di seluruh dunia untuk menjual organ mereka kepada pesakit terdesak.

Dia dikatakan terbabit dalam aktiviti jual beli organ manusia dan berperanan sebagai orang tengah yang mengatur jual beli bahagian tubuh manusia sejak 2010.

Lelaki berkenaan mengatakan dia mendalangi 45 penjualan buah pinggang menerusi Facebook untuk menarik perhatian mana-mana individu miskin di seluruh dunia untuk menjual organ mereka kepada pesakit terdesak

Rujukan:
ORGANS FOR SALE Kidney trafficker brags to The Sun about luring poor victims into selling organs to desperate Brits on Facebook for £85k
https://www.thesun.co.uk/news/12346030/kidney-trafficker-brits-facebook-unmasked/

Berkaitan ⇢