Indonesia catat 1,821 kes Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam

|

views

JAKARTA — Kes positif Covid-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 141,370 kes, manakala 78,659 pesakit lagi masih dalam pemantauan virus itu.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 1,821 kes baharu disahkan di republik itu dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari ini.

Bagi tempoh itu juga, sebanyak 57 lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 6,207 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 29,952 kes, diikuti Jawa Timur (28,239) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,037 orang, diikuti Jakarta (995), Jawa Tengah (791), Sulawesi Selatan (346) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Berkaitan ⇢