[Video] Kemalangan di Jalan Cameron Highlands, mana sifat sabar?

|

views

Keadaan jalan yang agak sempit, berliku serta mempunyai selekoh tajam sememangnya memerlukan pemanduan secara cekap dan berhati-hati.

Sedikit kecuaian daripada pemandu pastinya mengundang bahaya bukan sahaja kepada diri sendiri malah lebih parah melibatkan pengguna jalan raya yang lain.

Jalan Tapah — Ringlet di Cameron Highlands sebagai contoh laluan yang memerlukan pemanduan secara berhemah.

Terbaharu, dua buah kereta bertembung di laluan berkenaan cukup memberi pengajaran.

Semuanya dirakamkan melalui kamera hadapan yang seterusnya dikongsikan di Twitter oleh akaun MyWatch, semalam.

Video seminit menunjukkan sebuah kereta gagal memotong sebelum merempuh sebuah kenderaan lain di laluan bertentangan.

MyWatch menerusi ulasannya berkata, kejadian berkenaan dapat dielakkan sekiranya pemandu bersabar dan tidak memotong.

“Laluan Tapah ke Cameron Highlands ini seeloknya anda ikut sahaja kereta di hadapan tanpa perlu memotong kerana laluannya sempit dan curam.

“Jika tidak, jadilah seperti dalam video ini. Kejadian berlaku semalam (kelmarin),” katanya.

Sementara itu, rata-rata orang ramai kesal dengan kejadian tersebut yang menganggap ia tidak sepatutnya berlaku jika pemandu tersebut lebih sabar dan berhati-hati.

Berkaitan ⇢