Lelaki dilihat terjun dari Jambatan pulau Pinang

|

views

LELAKI berusia 54 tahun dikhuatiri lemas selepas dilihat terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.4, arah Georgetown menghala ke Seberang Perai, tengah hari tadi.

Tindakan lelaki itu disaksikan orang awam yang melalui lokasi berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.05 tengah hari sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dikerah ke lokasi.

“Lelaki itu meninggalkan dompet dan motosikalnya di jambatan itu sebelum dilihat terjun.

“Dia dikenali sebagai Si Eng Guan, berasal dari Pangkalan Weld,” katanya.

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan.

Berkaitan ⇢