[Video] Tanah mendap ‘telan’ 21 kenderaan di China

|

views

SICHUAN: : Penduduk di wilayah Sichuan, China kecoh apabila 21 kereta yang sedang diparkir ‘ditelan bumi’ dalam kejadian yang dipercayai berlaku malam tadi.

Kejadian difahamkan berlaku di kawasan tempat letak kenderaan di hadapan sebuah kompleks beli-belah menerusi beberapa pautan video yang tular.

Antara paparan video yang sempat dirakam menyaksikan berlakunya mendapan di kawasan terbabit sebelum kelihatan deruan air yang mengalir deras.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan insiden berkenaan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau pun kematian.

Terdahulu, Sichuan mengeluarkan amaran kecemasan pada tahap maksimum selepas wilayah itu dilanda banjir akibat hujan lebat sehingga ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke lokasi selamat.

Banjir yang melanda wilayah itu turut mengorbankan nyawa penduduk selain ada mangsa yang dilaporkan hilang.

@pakdin.myTanah mendap ‘telan’ 21 kenderaan di China https://tvrakyat.asia/111491/

♬ original sound PakDin.my

Berkaitan ⇢