Selangor catat 653 kes denggi

|

views

Sejumlah 653 kes demam denggi dilaporkan di Selangor bagi tempoh 16 hingga 22 Ogos lalu (minggu epid 34) berbanding 665 kes pada minggu sebelumnya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata jumlah kes demam denggi itu mengalami penurunan sebanyak 1.8 peratus.

“Sejumlah 36,054 kes demam denggi dilaporkan, iaitu penurunan sebanyak 26.5 peratus (13,006 kes) berbanding minggu sama tahun 2019 (49,060 kes).

“Jumlah kematian akibat denggi juga menurun sebanyak 12.8 peratus atau lima kes, iaitu 34 kematian berbanding 39 pada minggu sama tahun lalu.

“Lima daerah utama mencatatkan kes demam denggi tertinggi ialah Petaling 12,738 kes; Hulu Langat (7,144); Klang (6,263); Gombak (5,166) dan Sepang dengan 2,035 kes,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, jumlah lokaliti wabak denggi aktif sebanyak 254 dengan perincian 21 lokaliti ‘hotspot’, 25 wabak tidak terkawal, 195 wabak terkawal dan 13 wabak baharu.

Berkaitan ⇢