[Video] Lelaki terpijak tangan, jemaah pukul, tendang dalam masjid

|

views

Akibat tidak sengaja terpijak tangan jemaah masjid, seorang lelaki dipukul dan ditendang dalam kejadian awal minggu ini.

Menerusi video yang tular di media sosial, seorang lelaki yang mahu mara ke saf hadapan, terpijak tangan jemaah masjid membuatkannya berang.

Lelaki berbaju merah dan berkopiah putih lantas memukul dan tidak lama kemudian menendang mangsa yang masih terpinga-pinga.

Video kamera litar tertutup (CCTV) dirakam pada Isnin ketika jemaah dalam persediaan menunaikan solat Isyak berjemaah.

Warga maya mendakwa insiden berkenaan tidak wajar berlaku terutama dalam keadaan di masjid dan mahu menunaikan solat.

Hana Bia: Macam ini pun sudah angin. Ini kalau dekat Makkah orang selamba saja langkah kepala kau.

Adda Ramdzi: Dekat masjid duduk saf paling depan tetapi syaitan hasut sedikit terus ikut.

Syahir Izzuan: Tidak payah pergi solatlah pak cik. Buat habis pahala saja. Orang bukan sengaja.

Berkaitan ⇢