Empat kampung dilanda banjir kilat

|

views

Baling: Hujan lebat selama tiga jam menyebabkan empat kampung di Mukim Siong, di sini, ditenggelami air setinggi satu meter selepas air Sungai Ketil melimpah, hari ini.

Difahamkan, penempatan yang terjejas ialah Kampung Batu Lapan, Tanjung Pari, Seri Ketengga dan Batu 60.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Md Daud berkata, hujan lebat sejak 4 petang menyebabkan air Sungai Ketil melimpah dengan cepat.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan pada 4.50 petang berhubung kejadian dan seramai 10 anggota termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Lalang bergegas ke lokasi.

Katanya, pihaknya menerima maklumat terdapat tiga mangsa di Kampung Tanjung Pari, di sini, perlu dipindahkan ke tempat selamat kerana air memasuki kediaman mereka.

“Tiada mangsa yang dilaporkan terperangkap kerana anggota bomba bertindak pantas untuk menghulurkan bantuan.

“Manakala, penduduk yang terjejas dalam kejadian diminta berpindah ke tempat selamat untuk sementara waktu,” katanya.

Berkaitan ⇢