[Video] Keretapi bergesel, seorang penumpang cedera

|

views

Seorang penumpang tren tiga gerabak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) cedera, selepas kenderaan itu bergesel dengan Tren Elektrik (ETS) dekat Stesen Kuang, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6.37 petang itu, tren KTMB membawa 29 penumpang dan ETS itu 93 penumpang, tetapi mereka tidak cedera.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Kamarulzaman Zainal, berkata tren KTMB dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Sungai Buloh sebelum bergesel dengan ETS yang bergerak dari Stesen Padang Besar menuju ke Stesen KL Sentral.

“Satu landasan antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Rawang tidak terhalang dan masih boleh digunakan untuk perkhidmatan tren lain.

“Kita jangka berlaku sedikit kelewatan bagi perkhidmatan tren itu.

“Seorang penumpang KTMB cedera di tangan dan sudah diberi rawatan kecemasan oleh kakitangan komuter yang berada di lokasi kejadian, mangsa kemudian meneruskan perjalanan ke Stesen Sungai Buloh

“Penumpang ETS pula dipindahkan menaiki ETS berikutnya untuk meneruskan perjalanan menuju destinasi masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Kamarulzaman berkata, pihaknya giat menjalankan kerja membaik pulih di lokasi kejadian.

“Siasatan terperinci juga dimulakan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Semua agensi berkaitan termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah dimaklumkan mengenai siasatan itu,” katanya.

Berkaitan ⇢