Mencangkung atau duduk, posisi mana yang paling sesuai untuk membuang air besar?

|

views

Buang air besar adalah salah satu aktiviti setiap manusia yang tidak boleh ditinggalkan, bahkan jika tidak melakukannya akan menyebabkan penyakit.

Dalam proses buang air besar, ada yang memilih untuk menggunakan tandas duduk dan ada yang memilih jenis tandas cangkung.

Namun, masih ramai yang tidak menyedari dan mengetahui pentingnya kedudukan badan ketika membuang air besar.

Walaupun dilihat seperti perkara remeh, kedudukan ketika membuang air besar memberi kesan penting kepada kesihatan organ lain.

Pakar kesihatan mendedahkan bahawa kedudukan mencangkung ketika membuang air besar adalah pilihan yang disarankan. Sementara membuang air besar secara duduk yang merupakan pilihan selama ini suatu yang kurang seuai.

Sebabnya, membuang air besar dengan mencangkung menjadikannya lebih mudah untuk membuang kotoran tanpa perlu memberi tekanan yang berlebihan.

Manakala buang air besar dengan duduk memerlukan seseorang untuk lebih banyak meneran. Proses meneran atau tekanan terlalu lama adalah faktor utama buasir atau hernia, yang akhirnya perlu dirawat dengan ubat-ubatan tertentu.

Bagi mereka yang terbiasa membuang air besar menggunakan posisi mencangkung, adalah baik dan dapat mengelakkan penyakit seperti yang di sebut diatas.

Kerana, ketika berada dalam posisi mencangkung, usus membentuk sudut yang tepat dan kita tidak perlu memaksa dengan meneran untuk mengeluarkan kotoran.

Sementara itu, ketika duduk, usus dibengkokkan sehingga memerlukan lebih banyak usaha untuk membuang air besar menggunakan tekanan tambahan.

Berkaitan ⇢