Duta Australia mohon maaf makan labi-labi

|

views

SYDNEY: Duta Besar Australia ke Kemboja memohon maaf atas tindakannya memakan sup labi-labi, haiwan yang dilindungi kebanyakan negara di seluruh dunia.

Diplomat berkenaan, Pablo Kang sebelum berkongsi gambar bersama rombongannya menikmati hidangan itu awal bulan ini di Twitter, namun dilaporkan memadamkannya berikutan tindakan itu menarik kritikan orang ramai dalam talian.

“Saya sudah menghapuskan ciapan saya mengenai labi-labi dan belut serta memohon maaf kepada semua yang tersinggung,” jelasnya di ciapan itu.

Hal itu bagaimanapun menarik minat warga Kemboja yang mana spesies labi-labi itu sebenarnya diternak dan boleh dimakan secara sah.

Daging haiwan itu sering dimasak sebagai sup yang juga adalah hidangan istimewa sangat popular di ibu kota Phnom Penh.

Bagaimanapun banyak spesies labi-labi lain dianggap haiwan terancam di seluruh dunia dan gambar dimuat naik dalam Twitter itu menimbulkan kemarahan pengkritik dalam talian.

Kedutaan Australia dimaklumkan yang kedai tempatan terbabit menawarkan hidangan itu sebagai makanan rasmi dan duta besar diberi jaminan haiwan itu diternak dan bukan hidupan liar.

“Niat saya bukan untuk mempromosikan hidangan ini, tetapi berkongsi mengenai makanan yang dihidangkan ketika lawatan wilayah saya baru-baru ini.

“Saya pasti tidak membenarkan hidangan diambil daripada spesies yang terancam untuk dijadikan makanan atau tujuan lain dan saya akan lebih berhati-hati dengan tindakan saya pada masa depan,” katanya. – AFP

Berkaitan ⇢