Liverpool tewaskan Arsenal

|

views

LIVERPOOL: Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk mengekalkan permulaan sempurna dalam mempertahankan gelaran Liga Perdana apabila jaringan Sadio Mane, Andy Robertson dan Diogo Jota menewaskan Arsenal 3-1 di Anfield.

Skuad Gunners yang menang dua perlawanan pembukaan mereka musim ini meledak jaringan awal menerusi Alexandre Lacazette hasil serangan balas pantas.

Namun ketika Manchester City, Chelsea, Manchester United, Tottenham dan kini Arsenal semuanya tewas dalam tempoh tiga minggu permulaan kempen, Liverpool mengumpul mata maksimum bagi menunjukkan mereka adalah pasukan yang perlu ditewaskan dalam Liga Perdana musim ini.

Keputusan perlawanan pastinya berbeza jika Mane tidak terlepas dengan hanya kad kuning kerana menyiku Kieran Tierney selepas tiga minit permainan.

Arsenal mengikut perancangan permainan mereka yang menyaksikan dua kemenangan mengatasi Liverpool beberapa bulan kebelakangan ini ketika pasukan itu banyak bertahan dan menyerang balas ketika Reds menguasai bola. – AFP

Berkaitan ⇢