Mayat wanita dengan keadaan kaki dalam bagasi ditemui di Sibu

|

views

SIBU: Mayat seorang wanita yang dipercayai dalam lingkungan 30an dijumpai dalam keadaan kaki di dalam bagasi di Jalan Aman di sini, sekitar 6.45 pagi tadi.

Mayat wanita yang berbaju T berwarna kelabu dan seluar panjang ‘polka dot’ ditemui oleh pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika ditemui di lokasi, berkata mayat wanita itu dijumpai dalam keadaan sebahagian badan di dalam bagasi.

Katanya, polis mengesyaki mangsa mungkin meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di tepi jalan.

“Tiada kesan kecederaan pada mayat. Polis juga tidak menjumpai sebarang tanda pergelutan atau senjata di lokasi.

“Kes diklasifikasikan sebagai bunuh sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya.

Stanley berkata mereka akan mengesan waris mangsa berdasarkan nota itu dan maklumat diperoleh di lokasi.

Dua nota ditulis dalam bahasa Cina ditemui berhampiran mayat, dengan satu daripadanya dengan nombor MyKad dengan kod negeri ’08’ dipercayai dari Perak.

Berkaitan ⇢