Lelaki disyaki bunuh rakan wanita disambung reman

|

views

Jitra: Lelaki yang disyaki membunuh seorang wanita di Taman Mahsuri, Bandar Darulaman disambung reman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 3 Oktober lalu, seorang wanita ditemui terbaring di ruang tamu sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri disyaki dibunuh.

Mangsa, Siti Nor Sufieza Md Sharif, 23, yang bekerja sebagai ejen insuran di Bandar Darulaman itu ditemui rakan serumahnya pada 9.45 malam sebelum menghubungi ambulans dan polis.

Polis kemudiannya menahan seorang lelaki peniaga pasar malam berusia 22 tahun yang dipercayai rakan lelaki mangsa untuk membantu siasatan.

Siasatan awal polis mendapati kejadian itu dipercayai akibat cemburu.

Berita berkaitan:

Cemburu dipercayai motif ejen insurans wanita dibunuh

Cemburu dipercayai motif ejen insurans wanita dibunuh

Berkaitan ⇢