Kek yogurt lemon tanpa tepung

|

views

Petang-petang begini, bersantai bersama keluarga, apa kata kita ‘baking’ kek yogurt lemon tanpa tepung. Kek ini resepi asalnya adalah dari Diana Chan.

Berinspirasikan dari kek buatan nenek saudaranya dari Singapura, Diana mencipta sendiri kek yogurt lemon tanpa tepung.

“Kek ini tanpa tepung dan mudah disediakan. Tidak perlu peralatan canggih. Anda hanya perlukan senduk dan mangkuk adunan sahaja. Kek ini sesuai dihidangkan bersama sedikit krim putar, seri kaya lemon dan secawan teh,” ujar Diana.
a piece of cake on a plate

Apa lagi, jom kita cuba.

Saiz hidangan: 8 orang

Bahan-bahan:

Kering:

135g mil kacang badam
85g tepung suji
1 ½ sudu kecil serbuk penaik
220g gula kastor

Basah:

150g mentega, dicairkan
3 biji telur
2 biji lemon, diperah jus dan diparut kulit
2 sudu besar yogurt greek

Hiasan:

Gula aising, untuk didebu

Cara membuatnya:

Sediakan bahan kering dalam mangkuk berasingan dan gaul bersama kacang badam, tepung suji dan serbuk penaik.
Dalam mangkuk yang berasingan, pukul mentega dan gula bersama. Masukkan telur satu per satu, pukul adunan setiap kali sebiji telur dimasukkan.
Masukkan lemon parut dan jus lemon ke dalam adunan. Tambahkan yogurt greek dan terus pukul hingga sebati.
Campur bahan kering dan bahan basah. Masukkan adunan ke dalam bekas kek bulat bersaiz 20cm yang dilapik. Bakar pada suhu 150°C selama 50-55 minit. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk. Setelah sejuk, debukan gula aising ke atas kek.
Sedia untuk dihidangkan.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com
Butterkicap adalah platfom dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.

Berkaitan ⇢