Mati dalam Tahanan di Wilayah Patani

|

views

PATANI – Genap 2 tahun, kematian keatas seorang laki-laki yang bernama Abdullah Esomusa (Islam) usia 32 tahun, telah menghembus nafas terakhir sewaktu mendapatkan rawatan di bilik ICU hospital Hatyai Wilayah Songkla, pada 25/08/2019, jam 04:00 am.

Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, Abdullah Esomusa adalah salah seorang warga Patani (Selatan Thailand) yang bekerja sebagai tukang rumah.

Sebelumnya, pihak Tentera Thailand melakukan operasi dan menangkap Abdullah Esomusa, operasi ini dilakukan di kawasan rumah No.219/2 Tempat 3 Muqim Tebing Daerah Saiburi Wilayah Patani, pada 20/07/2019, jam 16:00 petang.

Setelah ditangkap, pihak Tentera Thailand membawa Abdullah Esomusa untuk melakukan soal siasat di pusat pentandibaran Inkhayudburihan Mukim Bothong Daerah Nongcik Wilayah Patani.

Selepas tidak samapi 15 jam dari masa tangkapan dibuat, Abdullah Esamusa tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital wilayah Patani untuk mendapatkan rawatan, dan ditempatkan di bilik ICU, pada 21/07/2019, pukul 09:00 pagi.

Manakala, telah terjadi penyiksaan keatas salah seorang tahanan di dalam penjara wilayah Patani yang dilakukan oleh pihak Tentera Thailand, dan ini bukalan kali pertama atau terakhir.

Selama berada di bilik ICU hospital Patani, pihak dhospital telah mengejarkan Abdullah Esomusa ke hospital Hatyai untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Setelah di rawat di hospital Hatyai selama 25 hari, pihak keluarga mendapatkan khabar duka, bahwa Abdullah Esomusa telah meninggal dunia.

Penjelasan penting dari pihak keluarga, Abdullah Esomusa tidak pernah menghidap sebarang penyakit dan dalam keadaan yang sihat ketika tangkapan dilakukan.

Diantara jamaah yang hadir ketika solat jenazah adalah masyarakat Patani, wakil rakyat Patani, aktivis HAM, pimpinan agama Islam, mahasiswa, pelajar dan ramai lagi.

Sholat jenazah ini diadakan di kawasan masjid Hutan Pasir Muqim Tebing Daerah Saiburi Wilayah Patani, pada 25/08/2019, pukul 17:00 petang.

Berkaitan ⇢