Ratusan tentera Thailand bertempur dengan seorang Pejuang Pembebasan Patani

|

views

PATANI – Ratusan pihak tentera Thailand bertempur dengan 1 orang pejuang Patani (Selatan Thailand), pertempuran terjadi di kawasan Gajah Mati Mukim Tebing Daerah Saiburi Wilayah Patani, pada (30/08/2021), pukul 13:45 tenghari.

Pertempuran antara pihak tentera Thailand dengan pejuang Patani, menyebabkan 1 orang pejuang pemisah Patani terkorban.

Sebelumnya, ratusan pihak tentera Thailand melakukan operasi dan mengepung kawasan Sekmok Tempat 4 Mukim Tebing Daerah Saiburi Wilayah Patani, pukul jam 05:00 pagi.

Pejuang Patani mengundurkan diri untuk mencari tempat berlindung yang lebih selamat, sehingga terjadi pertempuran dengan pihak tentera Thailand, pukul 09:00 pagi sehingga 13:00 tengahari.

Dalam operasi tersebut, pihak tentera Thailand mengunakan ratusan tentera, puluhan buah kereta, dan beberapa buah motorsikal.

Pejuan pemisah Patani yang terkorban adalah Syukri Sae (Abdul Rahman bin Harun / Domae) berusia 34 tahun, berasal dari kawasan rumah No.200 Tempat 1 Mukim Tebing Daerah Saiburi Wilayah Patani.

Manakala, saat ini pihak tentera Thailand terus melakukan operasi, dan beberapa lalu lintas jalan raya di tutup.

Berkaitan ⇢