TuneTalk perkenal pelan Ngam-Ngam, RM35 dengan kuota 35GB

|

views

Sempena ulangtahun ke-12, Tune Talk telah melancarkan pelan prabayar Hi-Value baru, menawarkan data berkelajuan tinggi pada harga lebih murah. Pelan prabayar ini bermula dari RM25/bulan dengan kos data hanya RM1 setiap GB.

Pelan Prabayar Hi-Value

Untuk pengguna biasa, pelan termurah Hi-25 berharga RM25/bulan dan memberikan 25GB data berkelajuan tinggi, bersama panggilan tanpa had sesama rangkaian Tune Talk. Data ini turut boleh digunakan untuk hotspot.

Jika perlukan lebih data, boleh melanggan pelan Hi-35 berharga RM35/bulan. Pelan ini digelar pelan ‘Ngam-Ngam’. Ia hadir bersama 30GB data dan sebagai promosi masa terhad sehingga 7 November 2021, turut menerima 5GB data tambahan, menjadikan jumlah data 35GB. Panggilan tanpa had turut diberikan tetapi ia boleh digunakan kepada semua rangkaian.

Untuk pelan Hi-Value, jika habis menggunakan kuota, kelajuan akan disekat kepada 64kbps dengan kuota 10GB. Jika mahukan lebih banyak data berkelajuan tinggi, boleh membeli booster berharga RM3 untuk 1.5GB, atau RM10 untuk 10GB.

Pelan Tune Unlimited

Pelan tanpa had dengan kelajuan disekat ini masih dikekalkan. Ia berharga RM48/bulan dengan sekatan kelajuan 6Mbps serta data tanpa had. Panggilan ke semua rangkaian juga disediakan tanpa had. Untuk hotspot, kuota yang diberikan ialah 5GB.

Pelan Call 20

Bagi yang mencari pelan panggilan tanpa had ke semua rangkaian termurah, boleh melanggan pelan Call 20 berharga RM20/bulan. Ia turut hadir dengan 3GB data berkelajuan tinggi yang boleh digunakan untuk hotspot, serta data khas WhatsApp dan WeChat tanpa had.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Tune Talk Hi-Value.

Berkaitan ⇢