Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur sambutan Hari Kebangsaan secara maya

|

views

BANGKOK – Kedutaan Malaysia di Bangkok buat julung kalinya mengadakan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-64 secara maya, ekoran pandemik COVID-19. 

Untuk menyemarakan semangat patriotisme dan sesuai mengikut persekitaran norma baharu, pegawai dan kakitangan kedutaan di Bangkok turut menghasilkan video sambutan agar rakyat Malaysia di negara itu turut dapat meraikannya.

Video berdurasi kira-kira 22 minit itu dimuat naik di laman Facebook rasmi kedutaan yang turut mengandungi klip video ucapan rakyat Malaysia di Thailand dan rakan-rakan di Malaysia.

Dalam ucapannya Duta Malaysia di Thailand, Datuk Jojie Samuel berharap sambutan secara norma baharu ini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme walaupun berhadapan dengan pandemik COVID-19.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita Malaysia terus bebas, aman, makmur dan sejahtera selama-lamanya.

“Untuk rakyat Malaysia di Thailand, diharapkan anda semua kekal bersatu, menjaga kesihatan dan terus menyokong warga kerja kedutaan,” katanya.

Bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Bangkok, Yap Lu Ying, sambutan Hari Kebangsaan secara maya pada tahun ini amat unik.

Beliau yang berasal dari Kuala Lumpur  mengucapkan terima kasih kepada kedutaan kerana menganjurkan sambutan itu.

“Walau di mana kita berada, semangat cintakan tetap terpahat dalam sanubari.

“Saya berharap Malaysia akan kembali menjadi satu daripada negara yang kompetetif dalam ekonomi Asia, ” katanya kepada Bernama.

Berkaitan ⇢