Realme GT Master Edition akhirnya akan tiba di Malaysia

|

views

Setelah lama bercakap tentangnya di pentas antarabangsa, hari ini Realme Malaysia mengesahkan tarikh pelancaran Realme GT Master Edition di pasaran tempatan. Acara pelancarannya akan diadakan pada hari Rabu, 1 September 2021.

Pelancaran ini akan diadakan secara maya, siaran langsungnya boleh ditonton menerusi Facebook Realme Malaysia, pukul 12 tengah hari.

Realme turut melantik 3 orang artis Malaysia sebagai duta untuk Realme 5G iaitu Joe Flizzow, Hullera dan Bunga. Bersama itu, mereka melancarkan lagu “Kena Check” yang dihasilkan bersama-sama duta baru ini, membawakan mesej teras Realme “Dare To be you”.

Spesifikasi Realme GT Master Edition

Telefon pintar yang diberi sentuhan pereka industri terkenal dari Jepun, Naoto Fukasawa, menampilkan kemasan beg bagasi dilapisi kulit vegan. Ia diperkasa cip kelas pertengahan, Snapdragon 778 5G dengan tenaga daripada bateri berkapasiti 4,300mAh dan kuasa mengecas 65W.

Paparan di telefon ini seluas 6.43-inci, jenis Super AMOLED 120Hz HD Penuh. Di belakang, ia dilengkapi kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Di hadapan, ia menggunakan kamera 32MP di dalam lubang di atas skrin. Telefon ini juga memiliki speaker mono sahaja.

Di Eropah, Realme GT Master Edition dijual daripada harga EUR349 (~RM1,711) dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Pasti harga di Malaysia akan lebih murah dari ini.

Berkaitan ⇢