Anda boleh mohon Surat Kuasa Berkekalan secara percuma di WGS

|

views

SINGAPURA: Orang ramai boleh membuat permohonan untuk Surat Kuasa Berkekalan (LPA) secara percuma pada Sabtu depan (11 Sep) di Wisma Geylang Serai (WGS).

LPA adalah dokumen yang membolehkan seseorang melantik orang lain untuk membuat keputusan bagi pihak mereka berhubung soal kebajikan peribadi dan urusan kewangan, sekiranya mereka hilang keupayaan mental.

Dianjurkan oleh [email protected]³, dengan kerjasama PA MESRA dan WGS, sesi berkenaan akan diadakan di Project Studios di tingkat empat WGS dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sesiapa yang berminat harus membuat pendaftaran lebih awal melalui laman www.go.gov.sg/lpam3 untuk menempah slot.

Menurut laman Facebook PA MESRA, tempat yang disediakan terhad demi mematuhi langkah-langkah jarak selamat.

Setiap pemohon boleh melantik seorang atau dua orang wakil yang berusia 21 tahun ke atas.

Para pemohon dan para wakil diingatkan supaya membawa kad pengenalan (NRIC), FIN atau pasport untuk membuat permohonan, tambah PA MESRA dalam catatan Facebook tersebut.

– BERITAmediacorp/sm

 

Berkaitan ⇢