Ramai Tak Jujur, Neelofa Cadang Letak Foto Di Sijil Vaksinasi

|

views

Berikutan timbul pelbagai kes mengenai anti-vaksin dan sindiket penjualan sijil vaksin palsu baru-baru ini, selebriti popular Neelofa mengemukakan cadangan agar foto pengguna diletakkan di sijil vaksin individu yang telah lengkap dua dos.

Neelofa mengutarakan cadangan tersebut di ruangan Instagram Story miliknya.

Tambah Neelofa yang mempunyai 8.5 juta pengikut di Instagram, tujuan tersebut adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya penipuan atau salah guna sijil kepunyaan orang lain.

Neelofa membalas kenyataan tersebut di hantaran yang dibuat Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengenai peringatan kepada pemilik kedai dalam memastikan pelanggan telah lengkap dua dos dan menunjukkan sijil vaksin apabila diperlukan.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ada mengumumkan aplikasi MySejahtera akan ditambah baik seperti pengesanan mengenai status vaksinasi seseorang individu itu.

Berkaitan ⇢