Samsung Galaxy A03s: Maklumat penjualannya di Malaysia

|

views

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar mampu milik terbaru, Galaxy A03s. Harga rasminya di Malaysia ialah RM559 dan ia datang dalam tiga pilihan warna.

Kuasa penggerak utama Galaxy A03s digerakkan oleh cip Mediatek Helio P35. Ia digandingkan bersama RAM 4GB dan storan 64GB. Ia juga sedia menerima kad mikroSD sehingga 1TB di dalam slot berasingan dengan slot kad sim.

Skrin LCD seluas 6.5-inci dipasang di hadapannya, dengan resolusi HD 720p. Terdapat takuk berbentuk V di atasnya, memuatkan kamera hadapan 5MP F2.2. Untuk kamera belakang, ia dilengkapi kamera utama 13MP F2.2, kamera makro 2MP F2.4 dan kamera potret 2MP F2.4.

Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan ia mengecas melalui port USB-C dengan kuasa paling tinggi hanya 7.75W. Speaker padanya hanya satu di bawah dan ia masih datang dengan jek audio 3.5mm.

Pengimbas capjari terletak di sisi, digabungkan dengan butang kuasa. Sistem operasi One UI berasakan Android 11 digunakan oleh Samsung di dalam Galaxy A03s.

Samsung menyediakan tiga pilihan warna untuk Galaxy A03s iaitu biru, hitam dan putih. Maklumat lanjut tentang telefon ini boleh didapati di laman produk Samsung Galaxy A03s.

Berkaitan ⇢