Ekonomi : Anak syarikat Parkson tarik diri daripada JV dengan Hongxiang Real Estate

|

views

KUALA LUMPUR — Anak syarikat Parkson Holdings Bhd, Parkson Retail Group Ltd (PRGL), menarik diri daripada cadangan usaha sama (JV) yang dimeterai pada tahun lepas dengan Hongxiang Real Estate Co Ltd untuk mendapatkan plot tanah di Jiaxing city, China, bagi projek pembangunan hartanah yang berpotensi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Parkson berkata PRGL yang disenaraikan di Hong Kong, melalui anak syarikat milik penuhnya, Shanghai Shengrui Commercial Management Co Ltd, memeterai perjanjian dengan Hongxiang Real Estate untuk mewujudkan JV, Jiaxing Gold Lion Real Estate Development Co Ltd, pada Oktober 2020.

Katanya PRGL menarik diri daripada JV itu berikutan syarikat tersebut tidak dapat mengenal pasti plot tanah yang sesuai untuk digunakan bagi tujuan komersial dan runcit.

“Keputusan itu tidak akan memberi impak yang ketara ke atas pendapatan Parkson bagi tempoh kewangan berakhir 31 Dis, 2021 dan aset bersih Parkson berdasarkan penyata kedudukan kewangan syarikat disatukan yang telah diaudit sehingga 30 Jun, 2020.

“Berdasarkan perjanjian rangka kerja penarikan, pihak-pihak berkenaan bersetuju bahawa pinjaman pemegang saham terkumpul berjumlah RMB330.75 juta (RM1=RMB1.56) akan dibayar balik oleh Jiaxing Gold Lion Real Estate kepada Jiaxing Lion Retail Management pada atau sebelum 31 Okt, 2021,” katanya.

Berkaitan ⇢