Hadiah Istimewa Tengku Permaisuri Selangor Kepada Nur Fazura Curi Perhatian Ramai

|

views

Hubungan baik antara Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Permaisuri Norashikin dan aktres jelita, Nur Fazura terjalin sejak dahulu lagi.

Terbaru, menerusi laman Instagram Story Fazura, aktres itu menzahirkan ucapan terima kasih buat TPS yang memberikannya hadiah istimewa berupa naskhah buku-buku keagamaan dan juga kepingan syiling emas.

TPS juga sempat menitipkan ucapan istimewa di dalam kadnya buat Fazura.

“Kepada Fazura, terima kasih kerana selalu menjadi insan yang baik,” tulis TPS.

Fazura turut membalas dan memuji keperibadian TPS yang disifatkannya sebagai baik hati dan sangat merendah diri.

“Menjunjung kasih Tuanku. Saya akan simpan kepingan syiling emas ini untuk Fatima.

“Masya-Allah dapat buku-buku yang sangat bermanfaat. Insya-Allah. Junjung kasih Tuanku buat kurniaan dan ingatan ini,” tulisnya.

Berkaitan ⇢