[Video] Viral: Lelaki hayun sabit dan parang atas kereta peronda polis

|

views

GOPENG – Video seorang lelaki bertindak agresif dengan berdiri di atas kereta peronda polis dan menghayun sabit viral di media sosial, hari ini.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 8 pagi itu berlaku di hadapan Balai Polis Gopeng di sini.

Video berkenaan yang berdurasi 44 saat  dipercayai dirakam oleh orang awam di lokasi kejadian.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar jeans dilihat berdiri di atas bumbung kereta peronda polis sambil menjerit dan menghayun galah sabit.

Anggota bomba kemudiannya bertindak membuat semburan air ke arah lelaki berkenaan, sehingga menyebabkan dia terpaksa turun dari kereta peronda polis terbabit.

Dia kemudiannya dilihat bergelut dengan anggota polis sebelum berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim ketika dihubungi media memberitahu, perincian dan maklumat lengkap berhubung kejadian akan diberi dengan segera.

 

Berkaitan ⇢